Bagi
kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik. Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak
perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman
logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu
terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus
memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid
dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.
Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan
dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal
akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza
nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan
penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami
bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga
murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘
dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga adalam ‘ 2 – 5 ‘.
Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi
dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan.
Dalam tugasan ini saya menjelaskan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam
menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah;
- Penolakan menggunakan gambar rajah.
- Penolakan secara manipulatif
- Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.