Perkataan “matematik” dipinjam daripada perkataan bahasa
inggeris iaitu “mathematics” sebenarnya berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang
bermaksud mempelajari, menimba, sains, dan ia
didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal
bermaksud “bidang matematik”, walaupun dalam zaman klasik.
Kata adjektifnya
adalah μαθηματικός (mathēmatikós), berhubung dengan pembelajaran,
atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal.
Dalam perkara tertentu, μαθηματικὴ
τέχνη (mathēmatikḗ
tékhnē), dalam bahasa Latin
ars mathematica, bermaksud seni matematik.
Bentuk jamak yang jelas di dalam bahasa Inggeris, seperti juga bahasa
Perancis bentuk jamak les mathématiques (dan bentuk ambilan singular
yang kurang digunakan la mathématique), berpatah balik kepada kata
jamak neuter Latin mathematica (Cicero), berdasarkan kepada perkataan
jamak Yunani τα μαθηματικά (ta mathēmatiká), yang telah digunakan oleh
Aristotle, dan ia bermaksud secara kasar sebagai “semua benda adalah
matematik”.
Dalam bahasa Inggeris, bagaimanapun, kata noun mathematics
mengambil bentuk perkataan singular. Ianya biasa dipendekkan kepada math
dalam kawasan America Utara yang berbahasa Inggeris dan maths di
tempat lain.