Thursday, 3 November 2011

Konsep Operasi Tolak bagi Murid Tahun 1 (Artikal 1)




Artikal pertama adalah hasil dapatan kaji selidik oleh Norlemi bt Amir Sharifah Norul dan Akmar bt Syed Zamri dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia. Artikal ini adalah kajian tentang tafsiran kanak-kanak terhadap ilustrasipiktorial bagi operasi penambahan dan penolakan. Tujuan kajian mereka adalah untuk melihat dan mengkaji tafsiran kanak-kanak terhadap gambar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajara. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstruktivisme yang diketengahkan oleh Von Glasersfeld (1990). Dalam kajian mereka dua persoalan kajian yang dijadikan asas iaitu; 

1. Adakah kanak-kanak prasekolah dapat mentafsir gambar bersiri dan tunggal yang mewakili operasi tambah dan tolak?


2. Apakah peringkat interpretasi gambar oleh kanak-kanak berasaskan respon yang diberi?
 
Hasil daripada kajian kes mereka dapati kanak-kanak lebih mudah mengenal pasti atau menterjemahkan operasi matematik dalam gambar bersiri berbanding gambar tunggal











PENGUBAHSUAIAN 


            Pada pendapat saya, penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri, kedua-duanya mempunyai kekuatan dalam menterjemahkan konsep penolakaan kepada kanak-kanak. Ini kerana guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Seperti dalam kajian tersebut kanak-kanak diminta bercerita tentang gambar secara bebas tanpa ada sebarang bimbingan kearah pembentukan konsep matematik. Maksud saya, guru haruslah membimbing murid dengan soalan-soalan yang kearah pembentukan konsep penolakan. Contohnya;





 

  1. Berapakah kek yang dibawa oleh budak lelaki itu?
  2. Dimanakan budak lelaki itu meletakkan kek?
  3. Berapakah kek yang tinggal di atas meja?
  4. Berapa banyakkan kek yang berkurangan?
  5. Kemanakah kek yang kekurangan itu?  ( Murid akan menjawab hilang, terjatuh, atau dimakan oleh budak lelaki itu)
  6. Berapakah kek yang dimakan oleh budak lelaki itu?
  7. Apakah jawapan bagi 3-1?
  8. Apakah jawapan bagi 3-2?



Begitu juga dengan gambar bersiri, sekiranya guru memainkan peranan dengan membimbing murid dengan soalan-soalan yang menjurus kearah konsep matematik, adalah tidak menjadi masalah sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.









Comments
0 Comments