Wednesday, 16 November 2011

Alat Bantuan Menagajar


YOUTUBE P&P










 


 
 















Thursday, 3 November 2011

Konsep Operasi Tolak bagi Murid Tahun 1 (Artikal 2)






Artikal 2 adalah yang diambil dari laman  www.ehow.com/how. Dalam artikal ini ia mencadangkan agar menggunakan kaedah manipulative. Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. 

Apabila mereka telah mahir dengan pengurangan nilai 1, baru lah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 8-2, 5-2 dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi penambahan contohnya 6,3, dan9 adalah persamaan seperti berikut,  6 + 3 = 9,  9 – 3 = 6 dan      9 – 6 =3.





PENGUBAHSUAIAN.
     
Pada pendapat saya, pengiraan manipulative dengan menggunakan bahan maujud adalah sesuatu kaedah yang baik. Menurut Mok Soon Sang (2001) Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan . Dikukuhkan pula dengan pendapat Thomas & Swartout (1963), yang diambil dari http://www.ipbl.edu.my. 

“ hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap social, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” 

Berbalik pada kaedah pengiraan manipulatif, tentang penggunaan bahan maujud amatlah saya setuju dalam membentuk konsep penolakan dalam Matematik. Walaubagaimanapun untuk mengajar murid tentang hubungan nombor dengan pola atau hukum operasi penambahan adalah pembalikan operasi penolakan adalah tidak sesuai bagi murid prasekolah dan tahun 1. Akan tetapi saya bersetuju jika ia digunakan hanya untuk pendedahan awal pada murid-murid. 

Ini kerana bagi murid seawall umur 5 tahun hingga 7 tahun adalah sukar bagi mereka untuk mengecam pola-pola yang dipamirkan yang boleh dianggap terlalu abstrak. Disokong dengan teori Jean Piaget (1869-1980) dimana pada tahap praoperasi (4-7 tahun), kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya.
            
Dalam penggunaan bahan maujud perlu ditambah baiki, di mana dalam artikal menjelaskan guru menggunakan bahan tersebut. Pada pendapat saya, bahan tersebut perlulah dilakukan sendiri oleh murid-murid bagi memberi pengalaman pada mereka untuk menyelesaikan operasi tolak.

Sebagai contoh murid-murid diberi biji saga masing dalam bilangan tertentu mengikut keperluang skop isi pelajaran.  Bagi mengajar penolakan dalam lingkungan 10, murid-murid perlulah diberi masing-masing 10 biji saga dan mengikut langkah-langkah yang diarahkan oleh guru. 


               i.                    Guru memberi 10 biji saga kepada setiap murid.
               ii.                  Guru mempamirkan soalan kepada murid iaitu 5 – 1 =
               iii.                Guru meminta murid memasukkan 5 biji saga ke dalam sesuatu bekas.
               iv.                Guru meminta murid mengeluarkan 1 biji saga,
               v.                  Murid diminta menyatakan bilangan biji saga yang tinggal di dalam bekas.
               vi.                Latihan tersebut diulang dengan 6 – 1 , 7 – 1 , hingga 10 – 1
              vii.        Apabila pelajar telah mahir, ditambahkan aras kesukaran operasi tolak iaitu 6 – 2 ,6-3, 6 – 4, dan seterusnya.


    







Konsep Operasi Tolak bagi Murid Tahun 1 (Artikal 1)




Artikal pertama adalah hasil dapatan kaji selidik oleh Norlemi bt Amir Sharifah Norul dan Akmar bt Syed Zamri dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia. Artikal ini adalah kajian tentang tafsiran kanak-kanak terhadap ilustrasipiktorial bagi operasi penambahan dan penolakan. Tujuan kajian mereka adalah untuk melihat dan mengkaji tafsiran kanak-kanak terhadap gambar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajara. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstruktivisme yang diketengahkan oleh Von Glasersfeld (1990). Dalam kajian mereka dua persoalan kajian yang dijadikan asas iaitu; 

1. Adakah kanak-kanak prasekolah dapat mentafsir gambar bersiri dan tunggal yang mewakili operasi tambah dan tolak?


2. Apakah peringkat interpretasi gambar oleh kanak-kanak berasaskan respon yang diberi?
 
Hasil daripada kajian kes mereka dapati kanak-kanak lebih mudah mengenal pasti atau menterjemahkan operasi matematik dalam gambar bersiri berbanding gambar tunggal











PENGUBAHSUAIAN 


            Pada pendapat saya, penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri, kedua-duanya mempunyai kekuatan dalam menterjemahkan konsep penolakaan kepada kanak-kanak. Ini kerana guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Seperti dalam kajian tersebut kanak-kanak diminta bercerita tentang gambar secara bebas tanpa ada sebarang bimbingan kearah pembentukan konsep matematik. Maksud saya, guru haruslah membimbing murid dengan soalan-soalan yang kearah pembentukan konsep penolakan. Contohnya;





 

  1. Berapakah kek yang dibawa oleh budak lelaki itu?
  2. Dimanakan budak lelaki itu meletakkan kek?
  3. Berapakah kek yang tinggal di atas meja?
  4. Berapa banyakkan kek yang berkurangan?
  5. Kemanakah kek yang kekurangan itu?  ( Murid akan menjawab hilang, terjatuh, atau dimakan oleh budak lelaki itu)
  6. Berapakah kek yang dimakan oleh budak lelaki itu?
  7. Apakah jawapan bagi 3-1?
  8. Apakah jawapan bagi 3-2?



Begitu juga dengan gambar bersiri, sekiranya guru memainkan peranan dengan membimbing murid dengan soalan-soalan yang menjurus kearah konsep matematik, adalah tidak menjadi masalah sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.